Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Wanita Tidak Bekerja???


Kami wanita mmg sepatutnya mementingkan keluarga...mmg sedih kalau tak bekerja...penat belajar smpai menara gading...tp akhirnya cuma jaga anak di rumah...kalau tiba2 ketua keluarga pulak meninggal tanpa tinggalkan apa2 harta....mmg merana hidup....

Tapi kenapa pengurusan tertinggi kt tmpt kerja Mrs. Wifey tak prihatin tentang permasalahan ini....permasalahan yang membelenggu staff wanita yang terpaksa berjauhan dari keluarga dan anak2... Nasib kami tidak terbela....Keluarga penting...Kerja pun penting....Andai terpaksa memilih antara dua tu...kebanyakan wanita akan memilih keluarga lebih utama....fahamilah nasib kami....

P/S : Masalah utama wanita bekerja di sektor kerajaan yang terpaksa berjauhan dari keluarga....outstation sekali sekala tak ada masalah...ini terpaksa berjauhan bertahun2...Mr. Hubby kerja state lain...Mrs. Wifey di state lain...sadis btul...

Thursday, September 20, 2012

Keburukan Bekerja Berjauhan dari Suami / Isteri & Keluarga

Dah lama saya tak up-date blog....byk masalah nak difikirkan kt kepala nie...bila dh serabut maka tak banyak masa nk mencoret kt blog...

Kadang-kadang terfikir...bahagiakah kehidupan saya skrng?? Berjauhan dari Mr. Hubby dan keluarga....How much I miss them everyday.....

Keja Mrs. Wifey mmg mcm nie....Boleh dikatakan kebanyakannya berjauhan dari keluarga....klu setakat cross border line state tak per...Ini sorg kt Utara...Sorang Selatan...Blum lg al-kisah klu famili di Johor and wife kena posting kerja di Sabah Sarawak...hermmm

Sesi kali nie adalah sesi menceritakan keburukan bekerja berjauhan :-

Keburukan Bekerja Berjauhan dari Pasangan & Keluarga
1. Perbelanjaan bertambah...kena byr sewa utk 2 buah rumah...kos travel setiap minggu...kos bertambah tp gaji naik ciput...Termenung sekjap....bila masa la nk ada rumah sendiri....duduk jauh2...nak byr rumah sewa lg...rumah yg beli lg...hermmm....

2. Kalau posting secara kerap tujuannya sebab mengelakkan rasuah dikalangan staff....saya rasa sgt2 tak berkesan la caranya...Nmpk lebih menggalakkan amalan rasuah...duduk berjauhan byk nk pakai $$$....sewa rumah asing2...kos travel lagi...Belum lg kisah tumpang kereta kontraktor balik lg...mcm2 akan dibuat janji dpt bersama keluarga sekerap mungkin...Bila x cukup gaji maka menggalakkan amalan rasuah....

3. Anak2 terbiar dan kurang kasih sayang....patutnya bila berkeluarga patut sama2 besarkan anak2 dengan pasangan...tp bila berjauhan....pasangan kena tanggung kerja sorg utk uruskan anak2...Nak hntr ke sekolah..nursery...blum lagi kisah kalau anak demam lg...yang pasti kanak2 nie masih muda dan belum memahami kenapa mama dan papa dia org berjauhan dan tak sama mcm famili lain...

4. Mengalakkan pasangan curang atau skandal kt luar....dah nama pun manusia...dikurniakan nafsu...Lebih2 lagi klu dh kawin...Maka al-kisah nyer mcm2 kes la...contoh nyer kes cikgu yg rogol anak murid sbb berjauhan dgn isteri....Si polan n si polan kena tangkap khalwat la...Mmg la bleh ckp manusia dikurniakan akal....tp hasutan syaitan tu bisa menumbangkan keimanan tau...

5. Kualiti kerja menurun....bila berjauhan...letih travel...kepala fikirkan keluarga...mcm mana nk concentrate dgn kerja?? Tp so far mcm x brapa nk kisah sgt bhgn pengurusan tertinggi aku nie...coz bg dia org...Kuantiti lebih baik drpd Kualiti...

6. Staff byk ambik cuti dan MC....jgn salahkan staff....sila fahami kekangan masa staff bersama keluarga...cuti coz jaga anak or pasangan yg sakit kt hsptl...cuti nk ambik buku rekod anak2....majlis penyampaian hadiah kt sekolah...mcm2 la...ditambah cuti sakit coz x sihat sbb keletihan...belum lg kisah beli MC coz cuti tak lulus...

7. Tekanan mental....lambakkan kerja...dgn komitmen pd pasangan / keluarga....bos2 kt atas cuma bg arahan...anak2 ikan kt bwh nie la yg dok menanggung...bos klu nk diikutkan cuma sorg...tp mcm biasa la...keje sini byk bos...bos besar...bos kecik...bos senior...kebykkannya cuma bg arahan...

8. Staff bwh menanggung bebanan kerja2 org atas....dah kebanyakkannya PJJ...memang kebykan akan mementingkan diri sendiri...klu bos2 kecik nie dok gi meeting n kursus memanjang...kerja ofis ditinggalkan berminggu2...Yg bwh2 nie la menanggung kerja....

Al-kisahnya...PJJ nie mmg byk sgt keburukannya yg bisa menjurus kpd pepecahan dlm sesuatu institusi di tmpt kerja atau pun institusi keluarga tu....





Kementerian sendiri berusaha utk pastikan pekerja wanita lebih produktif dan cemerlang dengan tidak mengabaikan aspek pengurusan rumahtangga.... Tapi hakikatnya tak dak pun mcm tu.... Sebhgn wanita yg berkerja terpaksa berhenti kerja...ambik cuti tanpa gaji dan mcm2 la sbbkan terpaksa berjauhan dengan keluarga.....

 P/S : Kebahagian itu milik siapa??? Milik kamu atau saya?? Kita tunggu dan lihat sahaja nnt....kebiasaannya , harimau pencen dah tak ada taringnya...

Sunday, February 5, 2012

Selamatkah Wanita2 di Malaysia??

Oohh...Malaysia tanah air ku yang tercinta....


Entry kali nie nak bercerita pasal kes2 jenayah yg sekarang makin menjadi2...kadang2 Mrs. Wifey rasa mcm tak selamat jer nak jalan kt luar sesorg...


Selak jer newspaper....mesti pasal kes bunuh...tikam sana sini...gerun nyer lah...


P/S : Kepada abang2 polis....tingkatkan la rondaan di semua kawasan...moga keamanan dapat dikembalikan...


KES 1 : JURUJUAL MAUT DITIKAM LELAKI GILA




KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
“Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek,” katanya.

Suspek Pembunuh

Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman.
Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya.
Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru.
Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang.

KES 2 : WANITA MAUT DIJERUT DAN DITIKAM  DI TEMPAT LETAK KERETA

NGERI... wanita ditemui mati di dalam  kereta akibat dijerut dan ditikam di leher di  tempat letak kereta.

SERDANG: Seorang suami hanya mampu meraung apabila menemui mayat isterinya berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman di leher di dalam kereta Honda City miliknya 200 meter dari pejabat wanita itu bekerja, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di tempat letak kereta Pusat Perniagaan Cheong Hin berhampiran Plaza South City, mangsa ditemui jam 10.30 malam oleh suaminya yang mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sebaik habis waktu kerja.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar pembesar suara sepanjang satu kaki dipercayai digunakan suspek.
“Mangsa berusia 39 tahun dan bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat sejak empat tahun lalu.


“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, yang sepatutnya tiba jam 8 malam, menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya,” katanya.


Menurutnya, si suami menemui isterinya terbaring tidak bernyawa di dalam kereta dipandunya.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan percaya ia dilakukan lebih daripada seorang suspek, namun mengesahkan tiada pergelutan berlaku.


Katanya, ketika ditemui kereta mangsa tertutup rapat tetapi tidak berkunci, manakala mayat mangsa berada di tempat duduk depan bahagian penumpang.
“Kami tidak menolak kemungkinan pembunuhan dilakukan ketika hujan lebat, menyebabkan jenayah itu gagal disedari orang awam,” katanya.


Difahamkan, beberapa barangan berharga, termasuk beg tangan dan telefon bimbit mangsa, turut hilang.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.