Showing posts with label Kaki NoveL. Show all posts
Showing posts with label Kaki NoveL. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

The Wedding Breaker

Hujung minggu bertemankan novel plak....Dah lama tak baca novel...Aritu memborong banyak sangat smpai 5 buah novel....Lepas tu sibuk dengan keje terus tak sempat nak sentuh novel yang dah beli....


Mrs. Wifey suka membeli novel di Popular coz slalu ada diskaun 10 - 25% pada member kad Popular....Tak mahal untuk jadi members...Klu tak silap cuma bayar dalam RM12 -RM24 jer....


Novel yang jadi pilihan untuk dibaca minggu nie adalah The Wedding Breaker hasil nukilan Evelyn Rose...

Jalan cerita yang agak berbeza dari novel lain....menarik untuk dibaca...sekejap senyum...sekejap ketawa & sekejap sedih....Mrs Wifey suka citer nie....Permulaan yang agak berbeza dan yang pasti pengakhiran nyer happy ending.... =)


Sinopsis pada kulit novel
Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.

“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Monday, January 14, 2013

Projek Memikat Suami!!!!


Novel yang dibeli untuk bacaan bulan Januari 2013.....penyakit gila novel tak leh nak dibuang...hihihi...

Novel pertama yg dibaca adalah "Projek Memikat Suami"!!! Tgk tajuk novel pun dah teruja nak baca....timba ilmu utk pikat suami....



Projek utk penampilan diri....pakai short skirt n baju yg seksi2 kt umah...no kain2 batik...no baju2 kelawar....baju tido harus seksi....hahaha....Petua yg mmg dh diamalkan oleh Mrs. Wifey....Make up & dressing kt luar bila jln2...harus utk jaga air muka suami bila kt luar...jmpa kwn2 suami....

Next projek jaga perut suami...masak makanan kegemaran suami...yg nie jrg2 la Mrs. Wifey praktis....duduk jauh2....masak skali skala jer...dulu masa stay together...mmg slalu balik keje akan masak n mkn together2....=)

Projek lain yg bleh dibuat adalah "tiger show" utk suami....hahaha...nie antara petua2 nyer tau...tp yg nie blum Mrs. Wifey buat la utk Mr. Hubby....will be consider if Mr. Hubby request....hahaha....

Novel yg sgt menarik utk dibaca....cuma rasa mcm nipis sgt novel nie....tak puas baca...hihihi....

P/S : Mrs. Wifey sgt2 suka kan short skirt....baby t-shirt sendat...singlet2 tgn sangkut....tank top....and etc...etc....hihihi....One more thing...I love earring so much!!!

Wednesday, January 2, 2013

Novel Best Lagi!!!

Ello....hahaha...tak habis2 dgn novel....Nak share novel2 bacaan Mrs. Wifey last month....Antara novel2 pilihan sepanjang Disember lps adalah :-


Cerita yang menarik dari Acik Lana....kisah pasal si kaya yg bernama Zidan Adiputra yang tergila-gilakan Tea Lady yg pernah dimarahi....Lps that Tea Lady di "make over"....terus Tuan Putra gila bayang....baca few chapter sambil tergelak2....hahaha....yang pasti chapter2 akhir buat Mrs. Wifey menangis sambil baca novel nie....Great la Acik Lana....2nd novel hasil nukilan Acik Lana yang saya beli....1st novel bacaan nyer tajuk "Aku Bukan Mistress"....


Novel seterusnya adalah Sha & Shah hasil nukilan Sha Ibrahim....2nd novel yang Mrs Wifey beli hasil penulisan Sha Ibrahim....1st novel saya beli adalah "Biarkan Ia Berlalu".....Sha & Shah....best sgt....cerita pasal sahabat baik....berkawin tp frenz forever....menarik sgt....buat peminat kaki novel...beli tau novel nie....

Bila baca novel Sha & Shah nie....teringat kt my best buddy yg ada nun jauh bekerja di JB skrng nie...He is my best buddy i ever have....Great to have U as my best frenz & best buddy....Nasib both dh kawin....klu tak comfirm I'll married him klu both still single...hihihi....Jgn marah Mr. Hubby...I always love U....=)


Wednesday, December 5, 2012

My Addiction

Semenjak dua menjak nie Mrs. Wifey sgt2 addicted dengan novel2 cinta....arghhh...mcm mana bleh terjebak dengan nie semua....padahal dulu bukan kaki novel pun....

Sebahagian novel2 yang dibeli tahun nie...

   




Byk lagi novel2 cinta lain....yg masih berbalut & tak baca pun ada lagi....biasa la kan...skali gi kedai buku...memborong 3-4 buah novel...

Friday, October 12, 2012

Mr. PerFect !!!

Semua orang mengharapkan pasangan masing2 "perfect" dari segala segi..... Mrs. Wifey pun mengharapkan Mr. Hubby dapat jadi "perfect" mcm yang Mrs. Wifey harapkan....hihihi.... Mr. Hubby baru "perfect" 70%....lagi 30% Mrs. Wifey yang kena lengkapkan.... =)

Owh...bukan nak cerita pasal ke"perfect"kan Mr. Hubby....tapi Mrs.Wifey nak share pasal novel bacaan minggu nie....Novel "Hello, Mr. Perfect" hasil nukilan Wannie Zakaria yang dibeli di MPH Alamanda last weekend.....
Harga : Cuma RM22 sahaja



SINOPSIS:

Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.
Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya, namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.
TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?
(Sinopsis hasil copypaste dari website penulis novel nie...tak rajin nak menaip semula...hehehe....http://dunianovelcerpen.blogspot.com/2011/07/my-next-novel-hello-mr-perfect-will.html sweet sangat blog penulis novel nie....I like!!!!)

P/S : Akan update nanti brapa bintang utk novel nie lps habis baca nnt