Sunday, June 19, 2011

Peringatan untuk semua para suami....



Kali nie Mrs. Wifey nak bercerita pasal perkara2 dalam perhubungan suami-isteri....antara perkara2 yang amat tak disukai oleh para isteri...perkara tersebut adalah seperti berikut :-

  • Suami yang panas baran...suka baling barang2 bila marah atau belasah isteri bila marah...selalu dengar pasal berita nie..sesuka hati jer nak tumbuk & tendang para isteri...
  • Suami yang suka lepas cakap dan marah isteri sesuka hati dengan perkataan yang tak sepatutnya seperti 'Bodoh', 'Malas' and etc.. Macam la sang suami terlalu perfect kan!! Dalam situasi tertentu, mungkin pendidikan sang suami lebih tinggi dari si isteri...tapi perkataan 'bodoh' amat tak sesuai digunakan..jgn bandingkan diri anda dengan si isteri yang pendidikan nya lebih rendah..sila bandingkan diri anda dengan rakan yang sebaya atau yang belajar sama2 dulu...contohnya mungkin ada antara rakan2 yang dah jadi bos atau CEO..namun dimanakah level anda?? 
  • Suami yang selalu melebihkan kawan2 atau melebihkan kerja bila dihujung minggu...hermmm...cuba bayangkan jika sang suami jatuh sakit..agak2 nya ada ke rakan2 yang nak dtg melawat selalu atau menjaga?? Sang isteri juga yang akan setia menjaga...so, dalam apa2 hal..sila dahulukan isteri!! 
  • Suami yang sering lalai dalam isu nafkah kepada isteri...sekarang ramai dikalangan isteri yang bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga dan menolong membayar hutang2 dan bil2 yg mcm...bila isteri bekerja, itu tak bermakna para suami boleh lepas tangan macam tu jer...nafkah tetap perlu diberi..kadang isteri tak harapkan smpai perlu bagi beribu2 sebulan..RM300-RM400 pun dah cukup untuk membahagiakan...ada para suami asyik nak isteri masak jer bila balik rumah, tapi duit utk beli barang dapur tak diberi...hermm...masa akad nikah berjanji itu ini depan tok kadi..tapi bila dah kawin lupa bab nafkah nie...
  • Suami yang asyik mengadap laptop...main games atau surfing net...hermm...ini tak tau nak cakap aper..mungkin utk kes suami mati pucuk...huhu...yang dah tak bernafsu pada wife!! Kesian wife...jangan la seksa macam tu...sex is not everything but its important k utk eratkan hubungan suami isteri...
  • Para suami yang sering melupakan tarikh2 penting seperti hari ulang tahun, tarikh lahir wife and etc...susah sgt nak jadi romatik..apa salahnya bagi bunga, bawa gi candle light dinner...tak salah pun buat something surprise...para isteri sebenarnya lagi suka k...
  • Para suami yang mungkin selalu anggap para isteri macam kilang buat anak..klu bleh tiap2 tahun nak anak....atau mungkin para suami yang tak inginkan anak dalam perkahwinan...kesian kat wife k...sila faham maksud dan tujuan sesuatu perkahwinan tersebut..
  • Para suami yang tak boleh menerima keadaan sang isteri seadanya...b4 kawin semua okey..lepas kawin complaint lebih...
  • Suami yang malas...mengharapkan para isteri jer buat kerja2 rumah...biasa la..klu kat rumah para suami nie nak jadi BOS!!! Sila ingat...urusan memasak..membasuh baju xder pun dinyatakan sebagai tanggungjawab yang wajib utk para isteri...cuma itu inisiatif utk nak jaga korang...jgn lak nak anggap wife nie macam tukang gaji...
  • Para suami yang selalu nak memudahkan diri dan lebih sanggup tgk wife bersusah payah utk dia orang....jgn jadi lelaki la klu gini...lelaki tu kan khalifah..tanggungjawab jaga keselamatan para isteri anda...
  • Para suami yang lalai terhadap tanggungjawabnya kepada Allah...klu bab utama nie pun dah lalai..apa kan lagi tentang tanggungjawab sebagai seorang suami...tanggungjawab suami adalah untuk membimbing para isteri k...Kalau Nahkoda Kapal pun tak betul...macam mana lak agaknya dengan anak kapal nyer (isteri + anak2)...
Itu jer kot yang mampu nak disenaraikan buat masa nie...para suami yang ada sifat2 kat atas tu..mmg patut tgk citer Nora Elena...lihat contoh suami pujaan para isteri...hensem ke tak belakang cerita..yang penting bertanggungjawab!!! Seth Tan kena buat kursus kepada semua para suami tentang cara2 menjadi suami mithali....suami idaman para isteri....

P/S : Moga kebahagian itu sentiasa menjadi milik ku...amin...

No comments:

Post a Comment