Hujung minggu bertemankan novel plak....Dah lama tak baca novel...Aritu memborong banyak sangat smpai 5 buah novel....Lepas tu sibuk dengan keje terus tak sempat nak sentuh novel yang dah beli....
Mrs. Wifey suka membeli novel di Popular coz slalu ada diskaun 10 - 25% pada member kad Popular....Tak mahal untuk jadi members...Klu tak silap cuma bayar dalam RM12 -RM24 jer....
Novel yang jadi pilihan untuk dibaca minggu nie adalah The Wedding Breaker hasil nukilan Evelyn Rose...
Jalan cerita yang agak berbeza dari novel lain....menarik untuk dibaca...sekejap senyum...sekejap ketawa & sekejap sedih....Mrs Wifey suka citer nie....Permulaan yang agak berbeza dan yang pasti pengakhiran nyer happy ending.... =)
Sinopsis pada kulit novel
“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose
Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!
Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.
“What’s so funny?”
“Talking to me?”
“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”
Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!
“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”
Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?
“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil
No comments:
Post a Comment