Sunday, February 5, 2012

Selamatkah Wanita2 di Malaysia??

Oohh...Malaysia tanah air ku yang tercinta....


Entry kali nie nak bercerita pasal kes2 jenayah yg sekarang makin menjadi2...kadang2 Mrs. Wifey rasa mcm tak selamat jer nak jalan kt luar sesorg...


Selak jer newspaper....mesti pasal kes bunuh...tikam sana sini...gerun nyer lah...


P/S : Kepada abang2 polis....tingkatkan la rondaan di semua kawasan...moga keamanan dapat dikembalikan...


KES 1 : JURUJUAL MAUT DITIKAM LELAKI GILA




KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
“Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek,” katanya.

Suspek Pembunuh

Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman.
Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya.
Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru.
Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang.

KES 2 : WANITA MAUT DIJERUT DAN DITIKAM  DI TEMPAT LETAK KERETA

NGERI... wanita ditemui mati di dalam  kereta akibat dijerut dan ditikam di leher di  tempat letak kereta.

SERDANG: Seorang suami hanya mampu meraung apabila menemui mayat isterinya berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman di leher di dalam kereta Honda City miliknya 200 meter dari pejabat wanita itu bekerja, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di tempat letak kereta Pusat Perniagaan Cheong Hin berhampiran Plaza South City, mangsa ditemui jam 10.30 malam oleh suaminya yang mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sebaik habis waktu kerja.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar pembesar suara sepanjang satu kaki dipercayai digunakan suspek.
“Mangsa berusia 39 tahun dan bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat sejak empat tahun lalu.


“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, yang sepatutnya tiba jam 8 malam, menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya,” katanya.


Menurutnya, si suami menemui isterinya terbaring tidak bernyawa di dalam kereta dipandunya.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan percaya ia dilakukan lebih daripada seorang suspek, namun mengesahkan tiada pergelutan berlaku.


Katanya, ketika ditemui kereta mangsa tertutup rapat tetapi tidak berkunci, manakala mayat mangsa berada di tempat duduk depan bahagian penumpang.
“Kami tidak menolak kemungkinan pembunuhan dilakukan ketika hujan lebat, menyebabkan jenayah itu gagal disedari orang awam,” katanya.


Difahamkan, beberapa barangan berharga, termasuk beg tangan dan telefon bimbit mangsa, turut hilang.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


No comments:

Post a Comment