Monday, February 27, 2012

Bila Big Bos Emosi....


Sebagai seorang bos yg profesional.. perlulah pandai mengawal emosi... tak la sengaja mencari salah pegawai bawahan untuk sesi melepaskan marah.... sengaja mencari pasal utk kenakan org bawahan... Nak tunjuk kuasa yang diberikan sementara tu... Suka sgt ke malukan staff dan marah2?? Puas ke hati bos bila buat mcm tu??

Come on la...be professional...as a bos, you will start losing the respect from your staff s and clients if you become too emotional... stressful situations is all common at workplace... but jgn la show off sgt kt staffs and clients... hermmm....

P/S : Good Bos or Bad Bos??? You decide on your own....

Sunday, February 26, 2012

Kebahagiaan Seorang Isteri @ Wanita??

Al-kisah nyer...pagi nie terbaca keratan akhbar nie...


Hermm... kt mana agak nyer kebahagiaan seorg wanita berkerjaya?? Mcm mana berjaya pun seorang wanita tu... kebahagiaan nya tetap dengan keluarga @ famili....dekat dengan suami dan anak2... Apalah maknanya klu kerja tp berjauhan dengan suami dan anak2... Kos "travelling" jer dah dkt separuh gaji... bahagia ker wanita tu klu balik kerja still alone..without Mr. Hubby beside.... hermm... lelaki mungkin tak faham kot naluri seorg wanita... dia org cuma akan fhm bila "wife" sendiri berjauhan and just jmpa sebulan sekali or 2 minggu sekali...

Sepatutnya "majikan" perlu prihatin dengan kebajikan pekerja nyer...  bila berjauhan... mula la timbul mcm2 masalah sosial... Per2 pun... saper yg kuat jer mampu bertahan... andai terpaksa berhenti kerja dan mengikut suami... mungkin itu jalan terbaik buat seorg wanita... 

P/S : Rezeki sentiasa ada di mana2....bos yang riak dan takbur jer slalu rasa rezeki staff nyer terletak kt tangan die... Per2 pun sentiasa lah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah Yang Esa....

Wednesday, February 22, 2012

Complaint!!!


Can't complaint too much about works coz i've take the challenge to work in this organisation....take it or leave it... Saya tak nak kena transfer ke "Complaint Department"....hehehehe....

Its time for me to stop complaining about my workload....Just try to manage it properly and make sure the task could be completed successfully as soon as possible... 

Stop complaint....Lets take the challenge of.......



P/S : Tak mo stress2...sayangi diri sendiri...

Sunday, February 19, 2012

KaKi BeBeL


Org selalu ckp perempuan byk bebel.... tp kadang2 sy rasa lelaki lebih byk bebel... Susah klu berdepan dgn lelaki yg tak suka dibebel even salah nyer tp suka membebel bila nmpk salah org lain...

Tak salah membebel... tp tgk la pd tempat nyer... takkan smpai nak malukan org lain kt public... jatuhkan air muka org lain.... nak nasihat pun.. guna la ayat yg lembut ckit... tak bleh ke klu bg nasihat dgn ayat yg bgs2...contoh nyer mcm nasihat yg selalu di sampaikan mcm Ustaz Don Daniyal.... Tak rugi jaga adab bila membebel.. agar tak sakitkan hati pihak satu lagi... coz kata2 bleh makan hati.. bila makan hati and pendam.. nnt jadi susah... Lebih2 lg dalam kehidupan suami isteri... Tgh sihat bleh la bebel sana sini.. tp klu salah sorg sakit... saper yg nk jaga?? So...kepada sesaper.. watch your mouth... nak bebel tu guna la otak.. fikir la ayat yg berlapis skit.. and jaga la adab masa nk bebel... Takkan smpai nk memalukan org lain kt public kan...  Tak salah bebel.. asalkan kena caranya...


P/S : We create the Happiness.... Happiness tak akan datang dengan sendiri nyer...

Thursday, February 16, 2012

Bicara Hati...


Owhhh...demam drama melayu asyik melanda jer skrng nie... sblum ni Demam Tentang Dhia... skrang Demam Bicara Hati lak... Hero pun hensem + heroin cute.... =)

Al-kisah nyer...citer nie adalah adaptasi dari Novel Bicara Hati hasil karya Damya Hanna... Mrs. Wifey pernah baca novel nie masa zaman study dulu... long time ago... mmg best...


Rumah Mrs. Wifey tak ader Astro... so Mrs Wifey just tgk citer nie dari http://www.malaymoviesfull.net . Fuhhh... menggilai Tengku Shahran lak skrng... hehehe...jgn jeles yer Mr. Hubby...

P/S : Sayang Mr. Hubby coz sponser line internet.... YES mmg da best!!!

Monday, February 6, 2012

Maniskah Madu??


Hari nie nk citer pasal madu....org slalu ckp madu lebah tu manis.... tapi arini nak citer pasal madu dalam perkahwinan....

Org lelaki mmg la suka klu bab madu2 nie kan...tp al-kisah mcm keratan akhbar arini pasal madu bergaduh...bleh plak laki nyer menunggu jer dlm kereta...ishk...ishk..ishk...masa nk bermadu dulu berani la plak...bila nk perkenalkan madu tak dak berani ka...nk biar jer madu jmpa and bincang sendiri...apa kes nie???

Untuk para2 wanita yg tgh dok miang bercinta dengan laki org tu...ingat2 la yer...mmg seronok korang raser ambik laki org..alasan sbb cinta itu buta...tp cube la bayangkan klu lps korang dah kawin then laki korang pasang lak cawangan madu ke-3 and ke-4...agak2 nyer korang happy tak ek?? Masa tu rase lagi tak madu tu manis???



P/S : Ikut resam lebah...rajin kumpul madu utk Permaisuri.... =)

Sunday, February 5, 2012

Selamatkah Wanita2 di Malaysia??

Oohh...Malaysia tanah air ku yang tercinta....


Entry kali nie nak bercerita pasal kes2 jenayah yg sekarang makin menjadi2...kadang2 Mrs. Wifey rasa mcm tak selamat jer nak jalan kt luar sesorg...


Selak jer newspaper....mesti pasal kes bunuh...tikam sana sini...gerun nyer lah...


P/S : Kepada abang2 polis....tingkatkan la rondaan di semua kawasan...moga keamanan dapat dikembalikan...


KES 1 : JURUJUAL MAUT DITIKAM LELAKI GILA




KUALA TERENGGANU – Polis yakin dapat menyelesaikan satu kes pembunuhan melibatkan seorang pembantu kedai kain yang mati ditikam sebanyak enam kali di bangunan Paya Keladi, Jalan Kampung Daik di sini kelmarin ekoran penahanan seorang lelaki semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan memberitahu, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pukul 4.30 petang di Pasar Besar Kedai Payang di sini kira-kira 250 meter dari tempat kejadian.
“Kita masih mencari senjata yang digunakan untuk menikam mangsa. Kes itu dianggap selesai dengan penahanan suspek,” katanya.

Suspek Pembunuh

Manoharan berkata demikian ketika mengulas mengenai Wan Manisah Wan Mansur (gambar kecil), 27, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) iaitu kira-kira enam jam selepas kejadian dia diserang dan ditikam seorang lelaki kurang siuman.
Kejadian berlaku apabila suspek yang meluru masuk ke dalam premis itu terus memeluk Wan Manisah dari belakang selepas mangsa cuba menghalangnya.
Suspek kemudian mengheret mangsa hingga ke depan kedai sebelum menghentak kepala wanita itu ke lantai dan menikam belakang badan mangsa hingga mengenai paru-paru.
Bedah siasat mendapati terdapat enam tikaman pada bahagian kiri badan mangsa iaitu tiga di lengan dan tiga di belakang.

KES 2 : WANITA MAUT DIJERUT DAN DITIKAM  DI TEMPAT LETAK KERETA

NGERI... wanita ditemui mati di dalam  kereta akibat dijerut dan ditikam di leher di  tempat letak kereta.

SERDANG: Seorang suami hanya mampu meraung apabila menemui mayat isterinya berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman di leher di dalam kereta Honda City miliknya 200 meter dari pejabat wanita itu bekerja, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian di tempat letak kereta Pusat Perniagaan Cheong Hin berhampiran Plaza South City, mangsa ditemui jam 10.30 malam oleh suaminya yang mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sebaik habis waktu kerja.


Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar pembesar suara sepanjang satu kaki dipercayai digunakan suspek.
“Mangsa berusia 39 tahun dan bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat sejak empat tahun lalu.


“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, yang sepatutnya tiba jam 8 malam, menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya,” katanya.


Menurutnya, si suami menemui isterinya terbaring tidak bernyawa di dalam kereta dipandunya.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan percaya ia dilakukan lebih daripada seorang suspek, namun mengesahkan tiada pergelutan berlaku.


Katanya, ketika ditemui kereta mangsa tertutup rapat tetapi tidak berkunci, manakala mayat mangsa berada di tempat duduk depan bahagian penumpang.
“Kami tidak menolak kemungkinan pembunuhan dilakukan ketika hujan lebat, menyebabkan jenayah itu gagal disedari orang awam,” katanya.


Difahamkan, beberapa barangan berharga, termasuk beg tangan dan telefon bimbit mangsa, turut hilang.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.


Maafkanlah....



Herm...ntah kenapa Mrs. Wifey suka sgt dengar lagu nie selepas tgk citer Tentang Dhia....rasa sayu jer bila dgr lagu nie...


Buat yang Allah yang Esa...maaf jika diri ini selalu lalai dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Mu...


Buat Mr. Hubby...maaf andai hati ini tak sempurna mencintai mu....Thanks coz change me to become better person....


P/S : Diharapkan hati ini akan terus sentiasa mengingati & mendekatkan diri kepadaMu...Moga hati ini terus setia mencintaiMu...